..Kau TeRc!PtA UnTuKkU..
"Wahai isteriku Maria,
Hari ini bersaksikan hadirin semua, izinkan suamimu ini menyampaikan sedikit kata-kata yang mugkin berguna untuk kita dalam melayari kehidupan rumah tangga kelak.
Maria,
Jadilah isteriku yang taat. Jagalah kehormatanmu sebagai seorang isteri ke mana sahaja kakimu melangkah. Janganlah sesekali membelakangiku dalam membuat keputusan, kerana kita bakal berkongsi kehidupan yang sama. Taatlah padaku selagi aku tidak membawa dirimu ke arah kesesatan dan kekufuran.
Maria isteriku,
Apa yang ada pada diriku hari ini, terimalah seadanya. Aku juga akan menerima dirimu walaupun mungkin ada kecacatan, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Andai suatu hari nanti diriku ditimpa kesusahan, bersiap sedialah sentiasa di sisiku kerana dirimu amat kuperlukan. Dalam sakit, susah dan senang, biar kita hadapinya bersama. Perkahwinan ini kuharap akan membawa kita bertemu Yang Maha PENCIPTA di sana. Kau isteriku dunia dan akhirat. Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita yang baru bermula ini."
~Bingkisan Cinta daripada~
Arsyad Zikri buat isteriku, Maria
23 Disember 2007
suka baca . . nak jadi isteri yg taat jugak (: salam ziarah , Syatila DTK 6 DEC'10
ReplyDelete